Monday, September 21, 2009

Happy Eid Mubarak


Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Dan 
Maaf Zahir Batin
Alhamdulillah, dengan berkat doa semua org,abah dpt pulang berhari raya
bersama keluarga,sanak saudara n rakan taulan sehingga hari ini.Terima kasih pada semua.
Sambutlah raya dgn penuh keriangan dan ingatlah pd yg tdk bernasib baik.

Sunday, September 13, 2009

Ya Allah...Sembuhkanla Beliau

Arini,masuk 3 hari da abahku menagadu penat+susah bernafas+lemah2 badan.Klinik da pegi berkali2.Dr. ckp just gastrik o masuk angin biase.Ape kes ni doc,mkn ubt mcm2 da tp still gtu e jdnyer.
Td pegi skali ag.Dr suspek H1N1 plak...Padahal temp. n simptom2 laen xde pon terlibat.
Hurm...xtaula.Myb sakit2 owg berusia..Terutama d bulan baek ni,Allah mahu menguji umatnya.Apa2 pon,hanya doa saja dpt menolong abahku.Abah,get well soon!!

Saturday, September 12, 2009

Masih Belum Terlambat Kan?

Selamat Berpuasa Untuk Semua.
Nikmati & Hargailah Sebaeknya Sebagai Seorg Muslim










p/s: jgn wat alsn gastrik,jgn tersengaja mkn o minum, jgn nk ngumpat n jgn nk bermaksiat okeh?

23 Ramadhan & Malam 7 Likur

Baru saja aku habis bersahur..Maklumlah hari ini dah masuk hari ke 23 kita bersahur pada bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjang kita hidup di dunia ini. Masih ada masa lagi untuk kita menikmati nikmat seorang Islam d dlm diri kita.

Susah nak dinafikan bahawa bulan ini memang bulan yang penuh dugaan. Bulan ini juga mengajar kita banyak erti kehidupan dan juga mengajar kita pengalaman. Tak kiralah pengalaman baru atau lama. Yang pasti pasti ada pengalaman yg terukir di bulan yg mulia ini. Cuma nantikanlah kehadirannya..

Ya. Selalu kita dengar tentang malam tujuh likur..atau keistimewaan tujuh malam yang terakhir. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti. Harap dapat ada yg memberi penjelasan tentang perkara itu dalam blog ini. Aku pun kurang pasti dan mungkin kurang juga pasti. Aku lebih jelas, aku tidak berapa mengetahui bab ini. Nak kata jahil tidaklah hingga sebegitu. Cuma aku tahu apa yg aku diberitahu..

Malam lailatul kadar..pastinya malam yg ditunggu2 setiap kali munculnya bulan Ramadan ini. PAsti. Ianya sangat2 ditunggu oleh semua umat Islam. Tapi kita tidak tahu bilakah hadirnya malam tersebut. hari ke berapakah malam yang dinantikan itu? Cuba teka bila? Ada yang mengatakan tujuh hari terakhir. Ada juga yang mengatakan hari terakhir dalam bulan ramadan. Ada juga yg mengatakan tiga hari yang terakhir. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa malam Lailatul Kadar ini jatuh pada hari ganjil tujuh hari yang terakhir. Dan ada yang kata pula, kita buat sahaja ibadah 30 hari berpuasa itu. Mesti kena salah satu harilah punye !! Haa..macam mana? Tepuk dada , dada korang yang sakit..Huhu

Aku diberitahu semasa kecil dahulu. Pergilah terawih di masjid. Aku juga selalu dipesan oleh mak aku, rajin2 lah pergi surau. Jemaah. Aku juga diajar, pergilah terawih tak kira dimana aku berada. Aku akur..aku insan lemah. Kadang2 aku terlepas juga akan perkara yg menjadi sunnat yg dituntut untuk melakukannya. Mengapa begini? Ya, mungkin kesan iman..mungkin terkesan dengan perkara2 yg pernah aku lakukan seblum ini. Maka, apakah ubatnya ?

p/s : Ubat untuk mengantuk, kita tidur. Ubat untuk demam, makan panadol. Ubat untuk pergi terawih jemaah ??

Beginning of My Tulisan



A lot to learn
Care to teach me
And I do appreciate it
Thanks ya! =)